Kawan-Kawan

Thursday, 30 January 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!


Kepentingan Hijap kepada Wanita

  • untuk menutup aurat di kepala
 
  • untuk menghalang daripada rambut terkena debu yang boleh menyebabkan rambut kusut
 
  • menutup aib di kepala 



Sunday, 26 January 2014

15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni saya nak kongsikan kebaikan membaca dan mengamalkan Al-Quran. Semua ni saya copy dari sini. Jom kita baca apa kebaikan membaca dan mengamalkan Al-Quran.





Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)


Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)


Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)


Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )


Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)


Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )


Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)


Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)


Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)



Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”


So, tunggu apa lagi? Jom baca Al-Quran!

Hari tu aku ada dengar dalam ceramah kat sekolah aku masa sambutan Maulidur Rasul. Ustaz Mokhtar cakap, kalau kita tak baca Al-Quran 10 ayat sehari, diri seseorang tu akan dikuasi oleh syaitan.

Sehari kita tinggalkan Al-Quran, berhari-hari Al-Quran tinggal kita. Sebab tu kalau kita tak baca Al-Quran setiap hari, bacaan kita agak tergagap-gagap. 

Jangan biarkan Al-Quran menjadi pendakwa di akhirat kelak. Jadikan Al-Quran sebagai pembela kita di akhirat.



Mini Giveaway by SZL



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!


Saturday, 25 January 2014

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!



Mengumpat

ASSALAMUALAIKUM

Kita sebagai manusia biasa memang tak boleh lari dari dosa. Mengumpat, satu perbuatan yang tidak baik di sisi Islam. Ya, benar! Walaupun kita menceritakan tentang kebenaran tapi itu tetap berdosa. Bercakap keburukan seseorang kepada orang lain. Itu sama seperti kita membuka aib orang.

Jangan mengumpat, jika kita tidak ingin diumpat. Mengumpat, bercakap benar tentang keburukan orang lain. Kalau tidak bercakap benar tentang keburukan seseorang, itu fitnah. Fitnah dan mengumpat satu perbuatan yang berlainan.

Semua orang pernah mengumpat. Tak terkecuali saya. Jika tidak mengumpat, mendengar umpatan juga berdosa. Sebagai manusia yang lemah ini, kita tidak lari mengumpat atau mendengar umpatan.

Mengumpat memang best tapi best ke makan daging saudara sendiri? Sanggupkah?

Jika kita dengar seseorang mengumpat, nasihatilah. Bagitahu dia tentang keburukan mengumpat. Jika kita tak boleh, elakkan diri daripada mendengar umpatan tersebut.






 Gambar sumber dari Google.



Thursday, 16 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah


TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!



Saturday, 11 January 2014

Tomodachi Big Giveaway



Assalamualaikum

KLIK SINI UNTUK JOIN

GA ini ditaja khas oleh tiga bestfriends (Tomodachi) iaitu Syiera, Lienda dan Nurfarahain serta rakan sponsor yang sememangnya daebak seperti Butik Pinkku, Farhan Kerewx, Blog Ieta, Diari Jejaka Hangat, De Apple, Isamuddin Isa, Imtiyaz Asyar Enterprise, Asnawi Hassim, Beutskin Essence Datyn Mia, Ana Ahmad, Beautyshoppe Murah&Ori, Butik SofeaFiqa, Opzzpinky, Vitamin Kesihatan E-shoppe, Nur Nabilah & Mummy Rara Healthy.

DUE DATE: 30 JANUARY 2014

**************************************************************
REVIEW KHAS BUTIK PINKKU


Butik Pinkku menjual pelbagai jenis tudung, shawl etc yang sangat cantik dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan material yang digunakan berkualiti dan comfy. FYI, butik pinkku sedang mengadakan promosi gila-gila. Guess what? Shawl Anya hanya RM10/Sehelai !!!!!

Apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang.

Contact:
FB Page: Butik Pinkku
Website: Butik Pinkku







GIVEAWAY MY 1ST ANNIVERSARY BLOG



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!




Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Friday, 10 January 2014

Segmen Nakahime Bloglist Until 2015


TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!


sumber : google



Thursday, 9 January 2014

First Giveaway by SZL



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!




Mini Calendar Giveaway by aienhermionie.com

jom join mini calendar giveaway ni.
tekan banner untuk join..
http://www.aienhermionie.com/2013/12/mini-calendar-giveaway-by.html 

dianjurkan oleh

dengan kerjasama

senarai hadiah.

keputusan pemenang

tamat 31.januari.2014

Friday, 3 January 2014

SherryShopping Giveaway 2014


TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!


 
The prize for one lucky winner!
 
  1. Stars Anklet
  2. Hello Kitty shoes studs
  3. 2014 Sasa pocket calendar
  4. Daiso ring notebook
  5. Faux leather gold passport holder
  6. Bear drum pencil



Thursday, 2 January 2014

Etude House Christmas Giveaway!



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!






Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog



Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)




Simple NY Giveaway By Iezwa Razk

Assalamualaikum

(Klik Banner Untuk Join)

Senarai Hadiah :- 3x Pashmina , 3x Tudung Bawal dan 2x Topup RM 5
JOM MERIAHKAN GIVEAWAY NI!!

Tarikh Tamat :- 18 Januari 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com



TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!




 

Copyright © 2013 Reserved to Arifah Lee

Edited by Cik Amal