Kawan-Kawan

Sunday, 18 August 2013

Cerita Hari Raya Contest


TEKAN BANNER KALAU NAK JOIN!



Cerita pasal hari raya? Takde citer yang menarik dan best. Tapi ada citer jugak walaupun tak happy.



Masa tu 1 Syawal. Tahun ni lah. Masa tu dari Kolumpo nak balik Klate. Lebih kurang 4 hingga 5 jam perjalanan, kitorang berhenti kat surau. Tak ingat kat mana. Tapi yang pasti kat Pahang. Ekceli, bangngah silap masuk simpang. Tapi bila tengok signbord 'Alternatif ke Kota Bharu', so teruskanlah. Sampai kat Felda Tersang, betul-betul depan signboard yang ada tulis Sempadan Daerah Lipis, kitorang accident. Hahaha! Silap kitorang. Then, kol abah cakap accident. Abah suruh tunggu kat sana sampai abah sampai. Bayangkan, dari kul 6.30 petang sampai 11.30 malam lebih kurang, abah baru sampai. Lebih kurang lima jam tunggu. Tapi takpe, abah suruh tunggu sebab nak tengok keadaan kereta. Alhamdulillah, kami lima beradik (lagi tiga orang takde) selamat. Then, orang yang bangngah langgar mintak ganti rugi. Abah cakap abah takde duit nak bayar. Masa saya dengar abah saya cakap macam tu, saya rasa sedih. Sangat sedih. Then, abah cakap kat diorang yang diorang boleh jual kereta ni, jual besi buruk untuk tampung kos repair. Masa dengar abah cakap macam tu, terus air mata turun. Memang sedih giler. Kereta tu takde la kereta mahal, buruk pulak tu. Kereta Proton Iswara je. Tapi disebabkan banyak kenangan dengan kereta tu, kenangan dengan arwah mak, saya jadi sedih. Sebelum abah cakap macam tu, saya tengok abah fikir panjang. Tapi nak buat macam manakan, dah memang takde jodoh ngan kereta tu. So, kami adik-beradik terpaksa ikut apa yang abah cakap. Kalaulah saya dah keje dah ada duit, saya takkan jual kereta tu. Huhuhu!


Tu je citer saya. Sori panjang. ^^,




0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to Arifah Lee

Edited by Cik Amal