Kawan-Kawan

Friday, 21 February 2014

Tudung & Ukhuwah

ASSALAMUALAIKUM





Cerita pemakaian tudung ni seringkali menjadi topik hangat di mana-mana sahaja. Ada yang bertudung labuh, ada yang bertudung bawal, ada yang pakai shawl, dan ada yang tak pakai langsung!

Lebih Baik pakai daripada tidak pakai langsung kan?

Ni ceritanya:

Si Tudung Shawl berjumpa dengan Si Tudung labuh, Si Tudung Bidang 60,Si Tudung Ariani,Si Tudung Berpurdah dan Si Tudung Bawal yang ketika itu sedang dan dengan bangganya.

" Weh! Tudung aku adalah paling latest... Korang ni semua tak up-to-date lah. Jakun sangat nampak pakai tudung biasa macam ni. Old skool la...eeeee...buruk pemandangan dekat sini...hahahaha!"

Si Tudung Bawal mula naik angin dan tanpa berfikir panjang, dirinya pun turut merasa dirinya bagus.

" Eh, Kau cakap baik-baik sikit, kang aku desingg! kan baru kau tahu, kalau kau nak tahu aku menjaga tradisi dulu-dulu yang pakai tudung bawal. Ni nak kena pakai macam kau baru nak up to date?? please laa~ Not A million years laa...HUH!"

Si Tudung Shawl mula menyeringai dan ingin membantah apa yang dikatakan oleh Si Tudung Bawal, tetapi terhenti apabila matanya secara tidak sengaja bertentang mata dengan Si Tudung Berpurdah yang kelihatan tajam sekali matanya membuatkan hingga menusuk ke ulu hatinya membuatkan dirinya sedikit cuak.

Belum sempat dia menyambung bicara, Si Tudung Bidang 60 tampil kehadapan dan tersenyum melihat Si Tudung Shawl, dan memegang tangan Si Tudung Shawl. Si Tudung Shawl terdiam sebentar dan diajak duduk bersama.

Si Tudung Labuh memulakan bicaranya dengan satu hadis:

"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.

Allah bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”, orang itu menjawab : “Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani!”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran.Orang ini dihadirkan, lalu disebut kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz).”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan dan disebut-sebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku membelanjakannya di tempat-tempat engkau kehendaki.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan.”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Si Tudung Berpurdah pula memulakan bicaranya.

"Mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan perasaan riak adalah dibenci oleh ALLAH, sama dengan pemakaian tudung kita. Tudung bukanlah satu perhiasan yang perlu dimegah-megahkan seperti emas, perak...tetapi sesuatu alat untuk menjadi penahan bahang api neraka kelak."

" EH, Jadi buat apa pakai cantik-cantik kalau bawak diri ke neraka je kan?"

Si Tudung Shawl mula tunduk apabila mendengar soalan daripada Si Tudung Bawal. kelihatan Si Tudung Bidang 60 menepuk tangan Si Tudung Bawal.

" Buat apa kita berada dalam satu bulatan sekiranya tidak menegur sahabat, tetapi mengejek atau menyindir bukanlah satu perkara yang elok untuk dilakukan"

Si Tudung Bawal Tersenyum mendengar Si Tudung Bidang 60 berbicara.

" Tudung tidak bermakna sekiranya digunakan untuk membanggakan siapa yang cantik di mata manusia, tetapi di mata ALLAH itu yang penting. Ukhuwah juga tidak perlu dinilai berdasarkan tudung. Sering kali orang berkata bahawa tudung yang berbeza membentuk puak yang berbeza, itu tidak benar. kalau kita ikhlas bersahabat kerana ALLAH, Insya-ALLAH perasaan itu akan hilang. Bersahabatlah kerana ALLAH, bukan kerana tudung yang dipakai"

Si Tudung Shawl sangatlah lembut hatinya. tersentuh mendengar apa yang dikatakan oleh sahabatnya di situ. Terasa dirinya kecil sahaja.

" Janganlah kamu berasa sayu dengan apa yang kamu baru sahaja ketahui, tetapi berubahlah ke jalan yang di redhai ALLAH, Jom kita makan bersama, kita bersembang banyak lagi dekat kedai...hihi"

" Tapi aku malu,tak padan dengan korang"

"UKHUWAH tidak diukur melalui pemakaian, tetapi melalui hati"






0 comments:

 

Copyright © 2013 Reserved to Arifah Lee

Edited by Cik Amal