ASSALAMUALAIKUM
Hahahaha. Tajuk bukan main lagi, hanya ada tiga hari. Ye betul, aku hanya ada tiga hari lagi. Apa yang tiga hari? Tiga hari untuk siapkan assignment.
Huh! Tiga hari bukannya masa yang panjang untuk buat assignment. Kena buat cerita kanak-kanak. Ye, memang taklah susah sangat. Tapi citer tu perlukan sebanyak 2000 patah perkataan untuk menepati syarat assignment. Macam buat karangan STPM la pulak rasanya,
Takde la susahkan nak buat citer sebab aku memang dah ada pengalaman tentang membuat cerita. Tapi... bukankah cerita memerlukan idea? Ye, idea. Kat mana aku nak dapat idea?
Buat cerita memerlukan banyak idea supaya cerita itu menarik. Kalau temanya bebas, takpelah jugak. Ni tema dia, tema tetap. Cerita itu bertema Ibu kalau tak silap. Hu hu hu!
Idea... idea... kat mana aku nak cari kau?Hari Isnin dah kena hantar. Doakan aku agar aku cepat-cepat ada idea ye? Terima kasih.
THANKS FOR READING!
0 comments:
Post a Comment