Kawan-Kawan

Sunday 23 March 2014

Human. Animal. Modern.




Muhasabah Diri. ^_^


Monday 17 March 2014

Kenapa Awak Tak Tegur Saya?



Saya Sedih!

Kenapa awak tak tegur saya?

Awak tahu saya tak tutup aurat dengan sempurna, memakai baju mengikut fesyen sehingga melanggar syariah Islam, tetapi kenapa awak tak tegur saya? Malah awak puji saya dengan cakap apa?

“ Cantiknya awak pakai baju tu!”

Awak tahu saya buat maksiat dengan Boyfriend saya, selalu sahaja saya mengemas kini status dengan gambar saya dengan Boyfriend saya, tetapi kenapa awak tak pernah tegur saya? Malah awak ucap apa dekat saya?

“ Tahniah, semoga kekal ke jinjang perkahwinan.”

Ucapan awak tu membuatkan saya semakin hanyut dengan dunia maksiat!
Awak tahu saya selalu mengumpat dekat kawan saya, tetapi awak membiarkan sahaja saya mengumpat malah awak mengia-iakan lagi membuatkan saya yakin bahawa saya adalah di pihak yang benar walau saya tahu saya salah.

Awak,

Awak memang sengaja nak masukkan saya ke neraka kan? Awak sengaja nak bahagia dengan masuk syurga sendirian kan? Awak jangan harap nak masuk sebab saya akan tarik awak masuk neraka bersama-sama dengan saya sebab awak sekongkol untuk membuatkan saya leka di dunia.

Saya kurang ilmu agama, tetapi awak tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama awak tu? Kenapa awak tak guna untuk bantu saya?

Saya tahu saya tak guna, tetapi awak lagi tak guna dengan membiarkan saya terseksa di kubur dengan seksaan yang perit!

Awak tunggulah di akhirat kelak, saya akan tarik awak masuk neraka sebab awak tak tegur saya!


Moral Value: Sekiranya kita tahu, sahabat kita melakukan kesalahan, janganlah membiarkan mereka terus melakukan kesalahan, tegurlah dengan harapan kita juga mampu bersama dengannya di syurga.






Tuesday 25 February 2014

Apabila Si Senior Kelihatan Lebih Kecil Dari Junior

ASSALAMUALAIKUM

Kejadian ini baru terjadi petang semalam. Petang semalam sekolah aku ada buat latihan rumah sukan. Hanya pasukan Rumah Mars (merah) dan Rumah Jupiter (biru). Aku pasukan Rumah Jupiter dan kawan aku pasukan Rumah Mars. 

Disebabkan kami berdua bukan pasukan yang sama, jadi kami terpaksa pergi ke tempat pasukan masing-masing. So, aku tak tau ape yang terjadi kat kawan aku. Aku ngan kawan-kawan panggil dia Beto / Etul.

Lepas selesai buat latihan, aku terserempak kawan aku tadi kat pondok sekolah menengah, tempat yang kawan aku selalu tunggu ayah dia. Aku selalunya tunggu kat depan pondok sekolah rendah tapi disebabkan beg sekolah aku, aku letak kat situ, so aku tunggu abah aku kat situ.

Then, kat sinilah kawan aku ada cakap, yang si junior sapa dia. Si junior sapa dia dengan perkataan 'hai'. Kawan aku terkejut tapi dia cakap muka dia, cool. Memang dia ni selalu cool. That's why aku suka kawan dengan dia.

Mungkin sebab saiz badan kawan aku ni kecik dan comel, si junior sapa dia macam tu dan dia ingat kawan aku ni, budak form 1 ataupun budak tu memang suka orang besar.Perasaan kawan aku masa si junior sapa dia, geli geleman. Oh, satu lagi. Kawan aku satu lagi, nama dia Zeti, kalau tengok budak tu entah kenapa dia rasa geli. Aku pun tak tau ape sebabnya. 


Aku dan Beto

Hanis dan Zeti

Beto, Yuyu, Aku, dan Zeti


Besties aku kat sekolah menengah.




Saturday 22 February 2014

SUARA & LENGAN

ASSALAMUALAIKUM

sumber : google


Ada satu situasi yang menyebabkan aku menulis entri ni. Mungkin kedengaran agak biadap. Maaf seandainya korang terasa.

Situasi ini berlaku di sekolah aku. Masa tu, ada di dataran perhimpunan. Kebetulan hari tu, lagu sekolah dinyanyikan semula setelah lapan tahun tak dinyanyikan. Maksudnya, lagu sekolah diperkenalkan semula. Hari tu, nak berlatih nyanyi lagu sekolah.

Maka, adalah suara sumbang yang bagi alasan tak nak nyanyi.

Si Polan : Cikgu, suara tu aurat. Mana boleh nyanyi.

Aku yang dengar, tersenyum sinis. Cakap belakang bolehlah. Cer cakap depan-depan. Mesti suara pun tak keluar nak bagi alasan.

Lagi sekali cikgu suruh berlatih nyanyi lagu sekolah. Dan skrip yang sama aku dengar. Mungkin orang yang sama juga. Then aku tegur,

Aku : Tau pulak suara tu aurat but still lengan baju disentengkan sehingga nampak lengan.

Si polan yang cakap gitu tadi, terus terdiam. Pandang aku tak puas hati.

Kawan aku kat depan terkejut sebab aku cakap gitu. Aku tegur senior. Bagi aku, bukan jadi kesalahan untuk junior menegur senior yang buat silap. Kawan aku balas,

Kawan : Dah jadi trend dorang. 

Ya, betul. Memang dah jadi trend dorang untuk berkata begitu. Bagi mereka, suara itu aurat tapi lengan bukan aurat. That's why dorang cakap gitu.

Bagi aku, tak salah nyanyi sekolah sebab kita nyanyi ramai-ramai. Bukannya sorang-sorang dan nyanyi lagu yang tah pape. Melalak macam orang gila. Menari terkinja-kinja depan orang ramai.

Memang suara itu aurat. Kenyataan yang tak boleh disangkal. Tapi lengan juga aurat. Lengan perlu ditutup.



Friday 21 February 2014

Tudung & Ukhuwah

ASSALAMUALAIKUM





Cerita pemakaian tudung ni seringkali menjadi topik hangat di mana-mana sahaja. Ada yang bertudung labuh, ada yang bertudung bawal, ada yang pakai shawl, dan ada yang tak pakai langsung!

Lebih Baik pakai daripada tidak pakai langsung kan?

Ni ceritanya:

Si Tudung Shawl berjumpa dengan Si Tudung labuh, Si Tudung Bidang 60,Si Tudung Ariani,Si Tudung Berpurdah dan Si Tudung Bawal yang ketika itu sedang dan dengan bangganya.

" Weh! Tudung aku adalah paling latest... Korang ni semua tak up-to-date lah. Jakun sangat nampak pakai tudung biasa macam ni. Old skool la...eeeee...buruk pemandangan dekat sini...hahahaha!"

Si Tudung Bawal mula naik angin dan tanpa berfikir panjang, dirinya pun turut merasa dirinya bagus.

" Eh, Kau cakap baik-baik sikit, kang aku desingg! kan baru kau tahu, kalau kau nak tahu aku menjaga tradisi dulu-dulu yang pakai tudung bawal. Ni nak kena pakai macam kau baru nak up to date?? please laa~ Not A million years laa...HUH!"

Si Tudung Shawl mula menyeringai dan ingin membantah apa yang dikatakan oleh Si Tudung Bawal, tetapi terhenti apabila matanya secara tidak sengaja bertentang mata dengan Si Tudung Berpurdah yang kelihatan tajam sekali matanya membuatkan hingga menusuk ke ulu hatinya membuatkan dirinya sedikit cuak.

Belum sempat dia menyambung bicara, Si Tudung Bidang 60 tampil kehadapan dan tersenyum melihat Si Tudung Shawl, dan memegang tangan Si Tudung Shawl. Si Tudung Shawl terdiam sebentar dan diajak duduk bersama.

Si Tudung Labuh memulakan bicaranya dengan satu hadis:

"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.

Allah bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”, orang itu menjawab : “Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani!”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran.Orang ini dihadirkan, lalu disebut kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz).”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan dan disebut-sebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya : “Apakah yang engkau telah lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab : “Aku membelanjakannya di tempat-tempat engkau kehendaki.”

Allah berfirman : “Engkau berdusta! Kerana engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan.”

Dan sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Si Tudung Berpurdah pula memulakan bicaranya.

"Mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan perasaan riak adalah dibenci oleh ALLAH, sama dengan pemakaian tudung kita. Tudung bukanlah satu perhiasan yang perlu dimegah-megahkan seperti emas, perak...tetapi sesuatu alat untuk menjadi penahan bahang api neraka kelak."

" EH, Jadi buat apa pakai cantik-cantik kalau bawak diri ke neraka je kan?"

Si Tudung Shawl mula tunduk apabila mendengar soalan daripada Si Tudung Bawal. kelihatan Si Tudung Bidang 60 menepuk tangan Si Tudung Bawal.

" Buat apa kita berada dalam satu bulatan sekiranya tidak menegur sahabat, tetapi mengejek atau menyindir bukanlah satu perkara yang elok untuk dilakukan"

Si Tudung Bawal Tersenyum mendengar Si Tudung Bidang 60 berbicara.

" Tudung tidak bermakna sekiranya digunakan untuk membanggakan siapa yang cantik di mata manusia, tetapi di mata ALLAH itu yang penting. Ukhuwah juga tidak perlu dinilai berdasarkan tudung. Sering kali orang berkata bahawa tudung yang berbeza membentuk puak yang berbeza, itu tidak benar. kalau kita ikhlas bersahabat kerana ALLAH, Insya-ALLAH perasaan itu akan hilang. Bersahabatlah kerana ALLAH, bukan kerana tudung yang dipakai"

Si Tudung Shawl sangatlah lembut hatinya. tersentuh mendengar apa yang dikatakan oleh sahabatnya di situ. Terasa dirinya kecil sahaja.

" Janganlah kamu berasa sayu dengan apa yang kamu baru sahaja ketahui, tetapi berubahlah ke jalan yang di redhai ALLAH, Jom kita makan bersama, kita bersembang banyak lagi dekat kedai...hihi"

" Tapi aku malu,tak padan dengan korang"

"UKHUWAH tidak diukur melalui pemakaian, tetapi melalui hati"






Thursday 20 February 2014

Jpop copy Kpop Fashion?

ASSALAMUALAIKUM

Kepada kpoppers, maaf kalau entri ni buat korang terasa. Aku Jpopper tapi tak tegar dan aku juga Kpopper tapi tak tegar jugak. Tapi kalau nak dibandingkan Kpop dengan Jpop, aku lagi minat Jpop.

Aku jadi tak minat sangat nak jadi kpopper sebab ade segelintir kpopper ni agak racist. Kata Jpop tiru Kpop. Kadang-kadang nak marahlah jugak, kenal Kpop baru dua tiga hari, dah nak buat conclusion. Tapi aku tahu, semua tu hanya duniawi sahaja. Kalaupun kita berdebat pasal ni, kita takkan dapat pape faedah. Just waste our time, am I right?

Kepada sesape yang rasa Jpop tiru Kpop, tolong tengok video ni sampai habis.



Bukak mata anda, jangan buat kesimpulan yang melulu.  



Monday 17 February 2014

SULTAN MOHAMAD AL-FATEH




KENAPA SULTAN MOHAMAD AL FATEH DIKATAKAN SEBAIK-BAIK RAJA DALAM HADIS NABI SAW?


Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kali di Constantinople (Istanbul), timbul pertanyaan tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

1- “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

2- Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

3- Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .

Bahkan seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan kemausiaan, kemahiran dan ilmu yang ada di zamannya.”



C/P

Kagum!


Saturday 25 January 2014

Mengumpat

ASSALAMUALAIKUM

Kita sebagai manusia biasa memang tak boleh lari dari dosa. Mengumpat, satu perbuatan yang tidak baik di sisi Islam. Ya, benar! Walaupun kita menceritakan tentang kebenaran tapi itu tetap berdosa. Bercakap keburukan seseorang kepada orang lain. Itu sama seperti kita membuka aib orang.

Jangan mengumpat, jika kita tidak ingin diumpat. Mengumpat, bercakap benar tentang keburukan orang lain. Kalau tidak bercakap benar tentang keburukan seseorang, itu fitnah. Fitnah dan mengumpat satu perbuatan yang berlainan.

Semua orang pernah mengumpat. Tak terkecuali saya. Jika tidak mengumpat, mendengar umpatan juga berdosa. Sebagai manusia yang lemah ini, kita tidak lari mengumpat atau mendengar umpatan.

Mengumpat memang best tapi best ke makan daging saudara sendiri? Sanggupkah?

Jika kita dengar seseorang mengumpat, nasihatilah. Bagitahu dia tentang keburukan mengumpat. Jika kita tak boleh, elakkan diri daripada mendengar umpatan tersebut.






 Gambar sumber dari Google.



 

Copyright © 2013 Reserved to Arifah Lee

Edited by Cik Amal