ASSALAMUALAIKUM
19 Jun ialah hari bersejarah buat aku dan keluarga. Hari ini 19 Jun 2013 dan ini bermakna tujuh tahun telah berlalu. Tujuh tahun, aku hidup tanpa seorang emak di sisi. Tujuh tahun aku merindukannya. Tujuh tahun aku tidak mendapat belaian seorang ibu, tidak mendapat kasih sayang seorang ibu.
Ketika itu, aku berumur tujuh tahun dan sekarang aku sudah berumur empat belas tahun. Sudah bersekolah menengah. Tujuh tahun hidup tanpa emak, aku rasa kosong. Tapi aku tahu, ALLAH bagi aku dugaan macam ni sebab aku mampu hadapinya. ALLAH lebih sayangkan emak aku. ALLAH itu MAHA PENYAYANG.
Dan aku jugak tau, ada orang yang lebih teruk daripada aku. Yang tidak mempunyai kedua-dua ibu bapa. Aku patut bersyukur sebab aku mempunyai seorang abah yang sangat menyayangi aku even kadang-kadang aku rasa abah tak sayang aku sebab abah selalu lebihkan 'dia' berbanding anak-anaknya sendiri.
Tahun lepas. kakak aku ada update status tentang 19 Jun ini. Dan abang aku, aku panggil dia Long ada komen,
Long : Buat apa ingat tarikh ni? Ingat orang sudah la.
Kakak : 19 JUN. I mean dah genap 6 tahun.
Long : Tarikh? Dia pergi? Kenapa nak ingat tarikh yang sedih tu?
Kakak : Sometimes, kenangan tu datang tanpa diundang.
Masa tu, aku terfikir. Takkan dia tak faham? Tarikh tu tarikh keramat. Buat aku dan keluarga sedih. Sebelum tahun 2006, memanglah tarikh tu tak bermakna. Tapi, pada tahun 2006 tarikh tu bermakna. Buat aku rasa sedih. Masa tu aku fikir, Tuhan tak adil. Ye, tak adil. Tapi sekarang ni, aku dah besar. Boleh fikir kenapa Tuhan buat macam tu kat aku.
"Mak, pah janji pah akan jadi anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Jadi anak yang solehah untuk mak, untuk abah. Pah akan buat mak tak menyesal, lahirkan pah ke dunia ni."
P/S : Korang... sedekahkan Al-Fatihah kat mak aku ye? Terima kasih. Jasa korang, amat aku hargai.
Maaf atas penggunaan 'aku' untuk entri ini.
Thanks for reading. :)
6 comments:
Al fatihah.. kita senasib dik, cuma akak dah tak da ayah since tahun 2005 sampai sekarang .... yang penting banyak-banyak berdoa untuk mereka yang telah kembali kepada-Nya.. jangan bersedih, tabahkan hati, kita kena kuat ...
Ye, kite kene kuat. :)
Al fatihah. Jangan sedih yea dik :) mungkin akak tak rasa ape yang adik rasa tapi kita kena kuat hadapi ketentuan hidup ni :)
Sabar la Kak :)
In Sha Allah. Terima kasih atas nasihat tu ^^,
Terima kasih, dik. In Sha Allah, akak akan bersabar selagi akak mampu. ^^,
Post a Comment